ANJURAN : MPKK Pengkalan Langgar dan KRT Taman Lembah Bujang Indah
TARIKH : 19 Oktober 2019 / Sabtu
MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Padang Permainan A Taman Lembah Bujang Indah Fasa 4
Tujuan program ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada warga tempatan terutamanya penduduk kampung dan sekitar tentang kepentingan dan kebaikan kesihatan yang baik. Selain itu, penduduk kampung juga dapat menerima persediaan tentang menghadapi bencana berkonsepkan hospital medan. Di samping itu, penduduk kampung dan sekitarnya dapat menimba pengalaman untuk merancang, mengurus dan mengelolakan Program Pemeriksaan , Pameran Kesihatan dan Kempen Derma Darah yang berkonsepkan hospital medan. Akhir sekali tujuan program ini dijalankan ialah melahirkan insan yang sayang kepada nyawa dan sanggup tolong antara satu sama lain.
Pada hari program dijalankan, ahli JPNR telah ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna dan sukan rakyat untuk kanak-kanak tadika. Pertandingan mewarna terbahagi kepada 2 kategori iaitu bawah 6 tahun dan 7 hingga 12 tahun. Disertakan gambar-gambar semasa program dijalankan.
No comments:
Post a Comment