Sunday, January 27, 2019

PENGURUSAN & PANDUAN KENDIRI PELAJAR NON RESIDENT UiTM CAWANGAN KEDAH

UNIT PENGURUSAN NR

  • Unit Pengurusan UiTM, diwujudkan bagi membantu pelajar Non-Resident (NR) untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar luar kampus.
  • Unit ini bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar

OBJEKTIF

  • Mewujudkan sistem pengurusan yang mesra, kemas dan cekap dalam memberi perkhidmatan serta memelihara kebajikan pelajar NR

FUNGSI

  • Unit Pengurusan NR memainkan peranan dalam usaha mengurus dan menjaga kebajikan serta menyelaraskan aktiviti pembangunan pelajar NR

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Menyediakan 'NR Directory' untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat rumah sewa.
  2. Menyelaras permohonan pelajar NR mendapatkan tempat tinggal di Kolej Kediaman jika ada kekosongan bagi mereka yang layak sahaja.
  3. Membantu mengatur program pelajar dan masyarakat dengan penduduk setempat.
  4. Membantu persatuan NR menjalankan aktiviti dengan pihak yang berkaitan.
  5. Menyediakan maklumat dan garis panduan penyewaan & panduan Kesedaran Awam untuk pelajar NR.
  6. Memantau dan bersama memelihara kesejahteraan pelajar NR.

Pesanan Mahasiswa NR 

Siswa/Siswi yang tinggal di luar (NR) adalah sebahagian daripada masyarakat luar yang tinggal di sekitar kawasan perumahan berhampiran kampus dan sebagainya. Imej saudara /saudari ini mencerminkan imej UITM. Penampilan saudara/saudari kepada masyarakat akan menjadi tontonan dan akan dinilai oleh masyarakat setempat.

Imej yang baik disamping prestasi dan graduan yang berkualiti adalah amat penting dari segi menjaga ‘pasaran’ untuk siswazah sesebuah Universiti seperti UITM. Justeru itu, demi kepentingan bersama adalah menjadi kewajipan semua warga UITM untuk sentiasa menjaga imej dan nama baik Universiti.

Adalah diingatkan bahawa siswa/siswi NR adalah sentiasa tertakluk dengan Akta 174 disepanjang pengajian sebagaimana yang termaktub di bawah Akta 174, Bahagian II : Tatatertib Am

Para 3:
Seseorang pelajar tidak boleh:-
a) Berkelakuan sama ada di dalam, di luar kampus secara yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan, atau nama baik di Universiti, atau kepada kepentingan, kesentosaan, atau nama baik mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti atau ketenteraman, atau keselamatan awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib.
b) Melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis di dalam atau di luar kampus.

Para 24:


Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya, maka pelajar itu adalah bersalah atas kesalahan tertib


ACARA TATATERTIB

Para 46
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih akan disatukan sekali:
a. Amaran,
b. Denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit,
c. Penggantungan daripada mana-mana atau daripada kesemua kemudahan-kemudahan Universiti selama tempoh ditentukan
d. Pengekslusian daripada mana-mana bahagian Universiti selama tempoh yang ditentukan
e. Pembuangan daripada Universiti.


MENETAP DI LUAR KAMPUS

Terdapat banyak kelebihan dan kekurangan sama ada tinggal di kolej atau di luar kampus dan ia bergantung bagaimana pelajar-pelajar menyesuaikannya. Antaranya adalah :

Berapa banyak wang yang diperuntukkan untuk sewa.
Berapa jauh rumah sewa dari UITM, senang dihubungi menggunakan kenderaan awam dan  sebagainya.
Apakah mempunyai kenderaan sendiri atau terdapat kenderaan awam bagi pengangkutan pergi dan balik kampus.
Jenis rumah yang dipilih.
Keselamatan diri dan persekitaran.

**  Anda bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang dibuat  **



FELO NON-RESIDENT YANG BOLEH DIHUBUNGI:
PN. NURULAINI ZAMHURY
No Tel (P) : 04-4562552
No Tel (HP) : 010-4000180

DR. AZHARI MD HASHIM
No Tel (P) : 04 – 4562521
No Tel (HP) : 019-4666491

PENTADBIRAN NON-RESIDENT @ UNIT PENGURUSAN KOLEJ MALINJA

EN ZAHIRIZAL MISKOM
No.Tel (P) 04-4562258


EN. ABD. MANAN MOKSIN @ HUSSAIN
No. Tel (P) : 04-4562262


PN MARWATI ABU AMAR
No Tel (P) : 04 - 4562260

No comments:

Post a Comment

NON-RESIDENT UiTM KEDAH

Non Resident UiTM Kedah Non Resident UiTM (NR UiTM) terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di kawasan luar kampus. ...