Thursday, October 31, 2019

PROGRAM DESTINI SISWA : PENERAPAN IJAZAH SESI 1 2019/2020

Program     : Destini Siswa Penerapan Ijazah
Tarikh        : 4 Oktober 2019
Masa          : 8.00 pagi hingga 7.00 petang
Tempat       : Dewan Sarjana 2 UiTM Kedah


Tujuan program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident UiTM Kedah untuk memberi pendedahan dan melatih mahasiswa untuk berinteraksi,berkomunikasi dan mengeratkan silaturrahim di kalangan komuniti Non-Resident yang mana secara langsung merupakan pelajar Penerapan Ijazah UiTM Kedah. Selain itu, pihak JPNR juga memberi segala maklumat dan nasihat kepada para mahasiswa yang berada di luar dalam melaksanakan aktiviti seharian secara lebih teratur dan berdisiplin. Disini disertakan gambar-gambar semasa program ini dijalankan.















SENARAI JAWATANKUASA PERWAKILAN NON-RESIDENT UiTM KEDAH SESI 2019/2020




















Wednesday, October 30, 2019

JAWATANKUASA PERWAKILAN NON-RESIDENT UiTM KEDAH SESI 2019/2020




PROGRAM FUN WALK : EVERY STEPS COUNT

PROGRAM   : Fun Walk Every Steps Count
ANJURAN     : Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR), Jabatan Perpaduan Negara dan                                  Integrasi Nasional Daerah Kuala Muda, KOSPEN Daerah Kuala Muda, Persatuan                                Diabetis Malaysia dan Kawasan Rukun Tetangga Fasa 1
TARIKH        : 18 Oktober 2019
MASA            : 7.45 pagi sehingga 12.00 tengah hari
TEMPAT       : Kawasan Rukun Tetangga Fasa 1, Taman Lembah Bujang Fasa 1 - 3


Tujuan program ini dijalankan ialah untuk memupuk semangat kesukanan antara mahasiswa UiTM Kedah dan masyarakat setempat di samping itu ingin menggalakkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat. Selain itu, program ini memberi pendedahan awal kepada mahasiswa UiTM Kedah tentang penyakit diabetes yang akan disampaikan oleh pakar diabetes daripada Persataun Diabetis Malaysia. Program ini jugak dapat meratkan ukhwah dan silaturahim antara Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident dan pelajar Non-Resident UiTM Kedah bersama dengan penduduk setempat iaitu KRT Fasa 1. Disertakan gambar-gambar semasa program dijalankan.

















PROGRAM PAMERAN PEMERIKSAAN PERUBATAN DAN PAMERAN AGENSI KERAJAAN

PROGRAM        : Pameran Pemeriksaan Perubatan dan Pameran Agensi Kerajaan
ANJURAN          : MPKK Pengkalan Langgar dan KRT Taman Lembah Bujang Indah
TARIKH             : 19 Oktober 2019 / Sabtu
MASA                 : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat                : Padang Permainan A Taman Lembah Bujang Indah Fasa 4


Tujuan program ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada warga tempatan terutamanya penduduk kampung dan sekitar tentang kepentingan dan kebaikan kesihatan yang baik. Selain itu, penduduk kampung juga dapat menerima persediaan tentang menghadapi bencana berkonsepkan hospital medan. Di samping itu, penduduk kampung dan sekitarnya dapat menimba pengalaman untuk merancang, mengurus dan mengelolakan Program Pemeriksaan , Pameran Kesihatan dan Kempen Derma Darah yang berkonsepkan hospital medan. Akhir sekali tujuan program ini dijalankan ialah melahirkan insan yang sayang kepada nyawa dan sanggup tolong antara satu sama lain.

Pada hari program dijalankan, ahli JPNR telah ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna dan sukan rakyat untuk kanak-kanak tadika. Pertandingan mewarna terbahagi kepada 2 kategori iaitu bawah 6 tahun dan 7 hingga 12 tahun. Disertakan gambar-gambar semasa program dijalankan.










NON-RESIDENT UiTM KEDAH

Non Resident UiTM Kedah Non Resident UiTM (NR UiTM) terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di kawasan luar kampus. ...