- Bawa rakan, dua atau lebih pandangan lebih baik dari seorang.
- Semasa memeriksa rumah, cuba kenali dan fahami tuan rumah sebaik dan sebanyak mungkin.
- Bersedia dengan soalan-soalan dan sebarang keperluan yang perlu ditanya.
- Apakah semua peralatan rumah berkeadaan baik dan boleh digunakan. Sila periksa pintu dan tingkap, pam tandas, 'shower mandi' dan sekiranya rumah tersebut dilengkapi perabot sila periksa kerusi sofa, meja dan katil.
SOALAN SEMASA PEMERIKSAAN RUMAH
- Adakah sewa meliputi bayaran api dan air.
- Apakah deposit dikenakan, berapa kadar sewa.
- Adakah perabot disediakan.
- Apakah kerja pembaikan yang perlu dilakukan sebelum pelajar masuk.
- Apakah polisi penyelenggaraan sama ada kecil atau besar, contoh berapa lamakah kerosakan seperti kebocoran siling akan diperbaiki.
- Dalam keadaan manakah anda akan kehilangan deposit.
BACA SEBELUM MENANDATANGANI SEBARANG PERJANJIAN
1.Baca dan Faham
- Sekiranya anda tidak faham sebarang peruntukan tertentu jangan tandatangani sehingga anda bersedia.
2.Tempoh Penyewaan
- Jangan tandatangani perjanjian setahun sekiranya anda bercadang untuk tinggal 10 bulan. Berbincang dengan tuan rumah untuk tempoh yang lebih pendek atau pengurangan bayaran dalam masa cuti.
3.Pembaikan kerosakan
- Tuan rumah adalah bertanggungjawab terhadap pembaikan kerosakan sekiranya ia terdapat dalam perjanjian. Sekiranya tiada sila masukkan di dalam perjanjian tersebut dan minta ianya disahkan oleh tuan rumah.
4.Perjanjian Lisan
– Jangan bergantung kepada perjanjian lisan seperti tuan rumah berjanji untuk membuat pengecatan semasa cuti. Buat secara bertulis dan sekiranya tuan rumah berpegang kepada janji mereka akan menandatanganinya.
5.Pengurangan Kadar Bayaran
– Penyewa juga mempunyai kuasa tawar-menawar semasa penyewaan. Sekiranya sewa tinggi dan keadaan rumah tidak seperti yang dinyatakan oleh tuan rumah, penyewa boleh meminta pengurangan sebelum perjanjian ditandatangani.
6.Cagaran
– Sila pastikan cagaran adalah tidak melebihi 2 bulan sewa. Sekiranya lebih elakkan dari berurusan dengan tuan rumah tersebut dan dapatkan alamat penyewaan lain dari Unit Perumahan atau sumber lain.
No comments:
Post a Comment