UNIT PENGURUSAN NR
- Unit Pengurusan UiTM, diwujudkan bagi membantu pelajar Non-Resident (NR) untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar luar kampus.
- Unit ini bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar
OBJEKTIF
- Mewujudkan sistem pengurusan yang mesra, kemas dan cekap dalam memberi perkhidmatan serta memelihara kebajikan pelajar NR
FUNGSI
- Unit Pengurusan NR memainkan peranan dalam usaha mengurus dan menjaga kebajikan serta menyelaraskan aktiviti pembangunan pelajar NR
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Menyediakan 'NR Directory' untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat rumah sewa.
- Menyelaras permohonan pelajar NR mendapatkan tempat tinggal di Kolej Kediaman jika ada kekosongan bagi mereka yang layak sahaja.
- Membantu mengatur program pelajar dan masyarakat dengan penduduk setempat.
- Membantu persatuan NR menjalankan aktiviti dengan pihak yang berkaitan.
- Menyediakan maklumat dan garis panduan penyewaan & panduan Kesedaran Awam untuk pelajar NR.
- Memantau dan bersama memelihara kesejahteraan pelajar NR.
Pesanan Mahasiswa NR
Siswa/Siswi yang tinggal di luar (NR) adalah
sebahagian daripada masyarakat luar yang tinggal di sekitar kawasan perumahan berhampiran kampus dan sebagainya.
Imej saudara /saudari ini mencerminkan imej UITM. Penampilan saudara/saudari kepada masyarakat akan menjadi tontonan dan akan dinilai oleh masyarakat setempat.
Imej yang baik disamping prestasi dan
graduan yang berkualiti adalah amat penting dari segi menjaga ‘pasaran’ untuk siswazah sesebuah Universiti seperti UITM. Justeru itu, demi
kepentingan bersama adalah menjadi kewajipan semua warga UITM untuk
sentiasa menjaga imej dan nama baik Universiti.
Adalah diingatkan bahawa siswa/siswi NR
adalah sentiasa tertakluk dengan Akta 174 disepanjang pengajian sebagaimana yang termaktub di bawah Akta 174, Bahagian II : Tatatertib Am
Para 3:
Seseorang pelajar tidak boleh:-
a)
Berkelakuan sama ada di dalam, di luar kampus secara yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan, atau nama baik di Universiti, atau kepada kepentingan, kesentosaan, atau nama baik mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti atau ketenteraman, atau keselamatan awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib.
b)
Melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis di dalam atau di luar kampus.
Para 24:
Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya, maka pelajar itu adalah bersalah atas kesalahan tertib
ACARA TATATERTIB
Para 46
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih akan disatukan sekali:
a.
Amaran,
b.
Denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit,
c.
Penggantungan daripada mana-mana atau daripada kesemua kemudahan-kemudahan Universiti selama tempoh ditentukan
d.
Pengekslusian daripada mana-mana bahagian Universiti selama tempoh yang ditentukan
e.
Pembuangan daripada Universiti.
MENETAP DI LUAR KAMPUS
Terdapat banyak kelebihan dan kekurangan sama ada tinggal di kolej atau di luar kampus dan ia bergantung bagaimana pelajar-pelajar menyesuaikannya. Antaranya adalah :
• Berapa banyak wang yang diperuntukkan untuk sewa.
• Berapa jauh rumah sewa dari UITM, senang dihubungi menggunakan kenderaan awam dan sebagainya.
• Apakah mempunyai kenderaan sendiri atau terdapat kenderaan awam bagi pengangkutan pergi dan balik kampus.
• Jenis rumah yang dipilih.
• Keselamatan diri dan persekitaran.
** Anda bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang dibuat **
FELO NON-RESIDENT YANG BOLEH DIHUBUNGI:
PN. NURULAINI ZAMHURY
No Tel (P) : 04-4562552
No Tel (HP) : 010-4000180
DR. AZHARI MD HASHIM
No Tel (P) : 04 – 4562521
No Tel (HP) : 019-4666491
PENTADBIRAN NON-RESIDENT @ UNIT PENGURUSAN KOLEJ MALINJA
EN ZAHIRIZAL MISKOM
No.Tel (P) 04-4562258
EN. ABD. MANAN MOKSIN @ HUSSAIN
No. Tel (P) : 04-4562262
PN MARWATI ABU AMAR
No Tel (P) : 04 - 4562260